Posts

ANTARA BANJIR DAN AIRMATA ANTARA TAWA DALAM TANGISAN

Image
Allah swt menguji setiap hambaNya dengan pelbagai bentuk dan cara. Yang jelas hidup itu memang satu ujian, samada kita melihatnya sebagai satu ujian atau sebaliknya. Ramai yang beranggapan ujian hanya dalam bentuk kesusahan sedangkan kesenangan dan kemewahan itu juga sebahagian ujian, maka lihatlah dengan mata hati. Dalam situasi hari ini, ada yang beranggapan apabila dirinya tertimpa kesusahan seperti banjir besar, rumah terbakar, kehilangan nyawa dan harta, huru hara, kesempitan wang ataupun seumpamanya, maka dia merasakan bahawa dia sedang diuji oleh Allah SWT sehingga membawa kepada sangkaan yang Allah tidak kasih dan belas kepada dirinya. Namun pada saat dirinya diulit kesenangan, dia terlupa bahawa sebenarnya itu juga ujian Allah SWT bahkan menyebabkannya hanyut, lalai, dan alpa. Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 12: Maksudnya:  “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdir...